CARA-CARA DAFTAR DAN PROSES LESEN MEMANDU



PENDAFTARAN 


  • Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian. WhatsApp 0104434393 
KURSUS KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU (KPP 01)


  • Tempoh : 6 jam
  • Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang (termasuk waktu rehat)
  • Syarat umur : 16 tahun ke atas (motosikal), 17 tahun ke atas (kereta)
  • Pakaian : Kemas dan sopan, berkasut tutup, baju berkolar (lelaki)
  • *Tidak dibenarkan memakai skirt paras lutut atau seluar pendek.
  • Dokumen yang diperlukan:
    1.  Kad pengenalan atau passport bagi calon bukan warganegara Malaysia.
TEMPAHAN UJIAN TEORI UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER


  • Tempahan boleh dibuat 4 -7 hari selepas kursus KPP 01 (paling awal) 1 tahun (paling lewat)
  • Dokumen yang diperlukan semasa datang ujian :
    1. Salinan IC
    2. Gambar ukuran pasport latar belakang warna putih

UJIAN TEORI UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER


  • Ujian Teori Undang-Undang Berkomputer dijalankan di Pejabat MYEG berdekatan dengan institut memandu.
  • Calon yang telah lulus ujian boleh mengikuti langkah yang seterusnya.(42/50). Untuk kereta dan motor (59/60)

MEMPROSES LESEN BELAJAR MEMANDU (LBM)


  • Selepas lulus ujian komputer, sediakan dokumen yang diperlukan (salinan IC, gambar, keputusan ujian komputer untuk memproses Lesen Belajar Memandu (LBM) dan dihantar ke JPJ.
  • Lesen Belajar Memandu (LBM) akan siap diproses di JPJ selepas 3-7 hari.


KPP 02 (Litar)


  • Mengikuti Kursus Teori Amali+ latihan Litar selama 5.5 jam (Kereta) 9.5 jam (Motorsikal) 
  • Calon hendaklah memakai pakaian yang kemas dan sopan.


KPP 03 (Jalan Raya)
  • Mengikuti latihan selama 10 jam (Kereta) 6 jam (Motorsikal)
  • Tempoh maksimum Belajar Memandu bagi setiap calon dalam 1 hari 2-6 Jam

TEMPAHAN UJIAN PENILAIAN PRA-UJIAN (PRE-TEST/QTI)


  • Calon hanya dibenarkan membuat tempahan Ujian Penilaian Pra-Ujian selepas memenuhi syarat minimum Belajar Memandu yang ditetapkan seperti di atas.
  • Syarat : Mengemukakan Borang SM4 yang telah diisi dengan lengkap.
  • Calon yang GAGAL akan dikena caj tambahan

UJIAN PENILAIAN PRA-UJIAN (PRE-TEST/QTI)


  • Menjalani Ujian Penilaian Pra-Ujian (QTI) mengikut masa tempahan yang telah dibuat.
  • Sekiranya calon gagal Ujian penilaian Pra-Ujian (QTI), anda perlu mengulangi ujian tersebut.
  • Prosedur untuk tempahan ulangan ujian adalah sama seperti di atas.
  • Calon yang telah lulus ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal JPJ.


TEMPAHAN UJIAN PRAKTIKAL JPJ


  • Syarat : Lulus Ujian Penilaian Pra-Ujian (Pre-Test)
  • Dokumen yang diperlukan :
    1. Salinan kad pengenalan
    2. Salinan Lesen Belajar Memandu (LBM) yang masih sah.
    3. Borang SM4 yang telah diisi dengan lengkap 



UJIAN PRAKTIKAL JPJ


  • Dokumen yang diperlukan :
    1. Kad pengenalan
    2. Lesen Belajar Memandu (LBM)
    3. Slip pembaharuan Lesen L (jika ada)
  • Calon mesti memakai pakaian yang kemas dan sopan yang diluluskan oleh JPJ
  • Calon yang gagal Ujian praktikal JPJ perlu membuat bayaran tempahan.
  • Calon yang lulus Ujian praktikal boleh memproses lesen memandu.


MEMPROSES LESEN MEMANDU


  • Dokumen yang diperlukan :
    1. salinan kad pengenalan
    2. Salinan lesen Belajar Memandu (LBM)
    3. Salinan slip pembahaeuan lesen L (jika ada)
    4. Slip keputusan ujian JPJ.
    5. Gambar latar belakang warna putih
  • Pihak kami akan menghantar dokumen untuk memproses lesen ke JPJ dan dijangka siap dalam masa 3 hingga 7 hari.

*HARGA AKAN BERUBAH MENGIKUT TERMA DAN SYARAT *
Share on Google Plus

1 comments: