Teknik Tiga Penjuru
Teknik tiga penjuru ini akan digunakan semasa anda melalui
jalan mati. Jadi teknik ini boleh anda gunakan selain daripada reverse ke
belakang yang ada kalanya merbahaya bagi yang tidak mahir mengundurkan kereta.
Semasa hari ujian, tiga penjuru biasanya akan dilakukan
selepas membuat parking. Jom kita lihat teknik untuk buat tiga penjuru khas
untuk tujuan ujian kelak.
1. Apabila
anda keluar dr parking, pergi ke arah tiga penjuru (ikut laluan yang di ajar).
2. Sambil
berjalan perlahan-lahan pusing stering kekanan sampai habis apabila bahu selari
dengan 'divider'dan berhenti sebelum garisan kuning di hadapan.
3. Seterusnya
pusing stering ke kiri pula sampai habis (4 x) kemudian br anda undur ke
belakang dan berhenti sebelum bumper belakang kereta anda pijak garisan kuning
(jarak dalam 3 kaki mcm tu).
4. Kemudian
pusing stering 2 x dan terus keluar dr petak 3 penjuru tersebut.
Tip Ujian Tiga Penjuru:
Calon akan lulus jika:
1. Berjaya
melakukan ujian dalam masa 3 minit.
2. Calon
berjaya melakukan ujian seperti berikut:
3. Masuk ke
petak dari kiri ke kanan dan berhenti seketika
4. Dari
Kanan berundur ke belakang dan berhenti seketika
5. Dari kiri
bergerak ke depan dan terus keluar.
Calon akan gagal jika:
1. Melanggar
atau menyentuh garisan kuning samada semasa masuk atau keluar.
2. Badan
kereta menjulur keluar
3. Melakukan
olah gerak lebih 3 pergerakkan
4. Melakukan
ujian melebihi 3 minit
5. Berlaku
kemalangan
Teknik Belajar Parking
Masuk Parking:
1. Luruskan
kereta rapat ke kiri sedikit, undur dan dapatkan pembuka pintu selarikan dengan 'divider' dan
berhenti.
2. Pusing
kiri sampai habis, undur dan dapatkan tayar belakang berhenti 1 kaki sebelum
garisan kuning melalui cermin tingkap sebelah kanan.
3. Pusing
kanan sampai habis, undur ke dalam petak parking sehingga jarak tayar dan
garisan lebih kurang satu kaki sebelum garisan kuning dan berhenti.
4. Pusing
kiri habis kedepan luruskan kereta ( free gear dan angkat tangan).
Keluar Parking:
1. Pusing
kiri sampai habis guna masuk gear reverse berundur ke belakang dan berhenti
apabila tayar belakang dalam jarak satu kaki sebelum garisan kuning.
2. Pusing
kanan sampai habis dan keluar berhati-hati menuju ke petak pusingan tiga
penjuru.
Tip Ujian Parking:
Calon akan lulus jika:
1. Berjaya
melakukan ujian parking dan keluar dalam masa 5 minit.
2. Keempat-empat
roda dan seluruh badan kenderaan berada dalam kotak.
Calon akan gagal
jika:
1. Melanggar
atau menyentuh garisan.
2. Tidak
dapat melakukan ujian dalam masa yang ditetapkan:
3. Badan
kereta menyentuhi atau melebihi garisan kuning samada semasa masuk atau keluar
4. Keseluruhan
kereta tidak masuk dalam petak
5. Sebahagian
kereta tidak masuk dalam petak
6. Badan
kereta samada depan atau belakang menjulur keluar.
7. Kereta
masih berada dalam petak samada sebahagian atau keseluruhannya apabila tamat
tempoh 5 minit yang ditetapkan
8. Melakukan ujian parking melebihi masa yang ditetapkan iaitu 5 minit
0 comments:
Post a Comment