Lesen Memandu GDL


Lesen memandu GDL adalah lesen memandu kenderaan barang-barang. Umur untuk mengambil lesen memandu GDL adalah 21 tahun.

Syarat-syarat untuk memohon lesen memandu GDL.



1. Ambil borang medical-check up.
2. Pergi jumpa doktor. Serah borang semula.
3. Menghadiri kursus
4. Menghadiri ujian.
5. Lesen GDL

  • TARIKH KURSUS SETIAP  ISNIN MINGGU PERTAMA DAN KETIGA.
  • TARIKH UJIAN ABC SETIAP ISNIN MINGGU KEDUA DAN KEEMPAT.
  • BAYARAN ULANGAN RM 70.00 UNTUK UJIAN MINGGU KEBERIKUTNYA.

Memperbaharui Lesen GDL

Bagaimana untuk memperbaharui lesen memandu GDL anda.

1. Ada borang medical-chec-up
2. Jumpa doktor.
3. Pergi kemana-mana sekolah memandu atau ejen.

Harga memperbahrui lesen memandu GDL 1 Tahun = RM 20
Medical Check-Up = RM 40
Service caj yg dikenakan oleh sekolah memandu atau ejen adalah sebanyak RM 20.

Untuk pengetahuan - Lesen CDL anda hendaklah hidup melebihi 1 tahun, barulah lesen GDL boleh diperbaharui.

Tambah Kelas GDL

Dah ada lesen GDL 3 tan. Nak tambah jadi 7 tan.
Macamana nak buat ?

1. Perlu ada lesen kelas E

2. Menghadiri kursus selama 8 jam. Sekiranya sijil kursus belum melebihi 1 tahun tidak perlu menghadiri kursus.

3. Proses pengeluaran lesen GDL


Share on Google Plus

1 comments: