LESEN MEMANDU KERETA DAN MOTOSIKAL


1) Pastikan Jenis Lesen Yang Mahu Diambil

Sebelum mendaftar dengan sekolah memandu, pastikan dulu umur anda sekarang sudah mencapai had kelayakan untuk mengambil lesen atau belum. Had umur untuk lesen motorsikal ialah 16 tahun manakala kereta ialah 17 tahun.


2) Senarai Kelas Yang Wajib Diikuti

Kursus-kursus yang wajib anda hadiri ialah:
i) Kursus 6 jam K.P.P 01. (Kursus Pendidikan Pemandu).
ii) Ujian undang-undang berkomputer. Perlu lulus dan akan mendapat lesen L.
iii) Kursus K.P.P 02 – Praktikal 5.5 jam 2 kali hadir.
iv) Ujian pra kelayakan atau Q.T.I.
v) Ujian praktikal J.P.J.

3) Meghadiri kursus K.P.P. 5 jam.

Pilih hari sabtu atau ahad untuk anda menghadiri kursus K.P.P. ini. Biasanya kelas bermula jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 4.30 petang. Pastikan anda berpakaian kemas seperti memakai baju berkolar, seluar panjang dan kasut setiap kali anda menghadiri kelas memandu. Sijil K.P.P. ini sah laku selama 1 tahun.

4) Ujian Undang-Undang Berkomputer

Selepas 4 hari anda menghadiri kursus K.P.P., anda dibolehkan untuk menduduki ujian undang-undang berkomputer di pusat ujian berdekatan dengan rumah anda. Semua hari boleh kecuali hari isnin. Markah lulus ialah 42/50. Jika gagal anda perlu mendudukinya semula sehingga lulus bagi melayakkan anda menduduki kelas Pra L. Kebiasaannya anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM50 untuk mendudukinya semula. Selepas lulus ujian undang-undang, anda diberikan sijil keputusan dan anda akan mendapat lesen L dalam tempoh 7 hari.

5) Menghadiri KPP 02 – Praktikal 5.5 jam di litar

Kehadiran ke kelas ini bagi membolehkan anda mendapatkan sijil. Anda hendaklah datang 2 kali, biasanya untuk kelas pertama 3 jam dan kelas ke-dua 2 stengah. 

6) Belajar Memandu Kereta Atau Motorsikal

Untuk L motorsikal, anda sudah boleh memandu di jalan raya secara berseorangan. L kereta pula, anda perlu belajar memandu dari pengajar yang mempunyai sijil pengajar. Latihan memandu biasanya adalah selama 10 jam. Ia bergantung kepada calon itu sendiri. Ada juga yang belajar lebih dari itu. Sudah pasti harga juga akan meningkat. Untuk motorsikal, anda akan belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, brek kecemasan dan jalan raya. Semua itu dilakukan di litar motorsikal yang disediakan oleh institut memandu. Untuk lesen kereta pula, anda akan diajar menaiki bukit, side parking, 3 penjuru, laluan S, laluan Z dan jalan raya. Semua itu akan diajar di litar kecuali jalan raya anda akan diajar di jalan raya sebenar.

8) Ujian Pra Atau Q.T.I.

Ujian ini dijalankan sebelum anda dibenarkan untuk menduduki ujian praktikal J.P.J. Ia dijalankan oleh penguji yang bertauliah di institut memandu. Penguji-penguji ini biasanya akan melihat sejauh mana tahap pemanduan anda. Sekiranya gagal dia akan mencadangkan anda untuk belajar 1 atau 2 kelas lagi sebelum diuji semula. Setelah lulus anda boleh menempah tarikh ujian praktikal JPJ.

9) Ujian Praktikal J.P.J.

Anda akan diuji oleh penguji yang dihantar oleh pihak JPJ. Terdapat 2 bahagian iaitu litar dan jalan raya. Anda perlu lulus kedua-duanya bagi membolehkan anda mendapatkan lesen P. Jika gagal, kebiasaannya anda akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM200-RM320 termasuk 4 jam belajar.

10) Lesen P

Setelah lulus ujian praktikal JPJ, anda perlu menyerahkan butir-butir di bawah kepada sekolah memandu anda :
i) 1 keping gambar.
ii) 1 keping salinan fotostat MyKad.
iii) 1 keping salinan lesen L.
iv) Bayaran (jika ada)
Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu anda akan mendapat lesen P tersebut.


Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment