CARA-CARA DAFTAR LESEN MEMANDU

PENDAFTARAN 


  • Pendaftaran boleh dibuat di ibu pejabat yang berdekatan. (Konfemkan 1 hari sebelum)
  • Mana-mana yang tiada pengangkutan untuk pendaftaran juga disediakan pengangkutan.

KURSUS KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU (KPP 01)


  • Tempoh : 6 jam
  • Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang (termasuk waktu rehat)
  • Syarat umur : 16 tahun ke atas
  • Pakaian : Kemas dan sopan yang diluluskan oleh JPJ.
  • *Tidak dibenarkan memakai skirt paras lutut atau seluar pendek.
  • Dokumen yang diperlukan:
    1. Salinan kad pengenalan atau salinan passport bagi calon bukan warganegara Malaysia.
TEMPAHAN UJIAN TEORI UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER


  • Tempahan boleh dua hari sebelum Ujian.
  • Dokumen yang diperlukan :
    1. Sijil JPJL2A (dikeluarkan selepas tamat Kursus KPP)
    2. Kod Nombor Buku KPP

UJIAN TEORI UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER


  • Ujian Teori Undang-Undang Berkomputer dijalankan di Pejabat Speed Taman Seri Muda,Seksyen 25 Shah Alam
  • Calon yang ingin merjalani Ujian Bertulis di ibu pejabat JPJ negeri, perlu mematuhi syarat-syarat berikut :
    1. Gagal Ujian Teori Undang-Undang Berkomputer sebanyak 3 kali.
    2. Umur lebih dari 30 tahun.
  • Calon yang telah lulus ujian boleh mengikuti langkah yang seterusnya.(42/50).

MEMPROSES LESEN BELAJAR MEMANDU (LBM)

  • Pihak IMC akan menyediakan dokumen yang diperlukan untuk memproses Lesen Belajar Memandu (LBM) dan dihantar ke JPJ.
  • Lesen Belajar Memandu (LBM) akan siap diproses di JPJ selepas 3-7 hari.


KPP 02 


  • Mengikuti Kursus Teori Amali+Belajar selama 5.5 jam.
  • Syarat umur :
    1. Kelas D – 17 tahun
    2. Kelas B & B2 – 16 tahun
    3. Kelas E – 21 tahun
  • Calon hendaklah memakai pakaian yang kemas dan sopan.


TEMPAHAN MASA UNTUK BELAJAR MEMANDU (KPP 03)


  • Calon telah membuat pembayaran boleh buat tempahan masa belajar memandu selepas memperolehi Lesen Belajar Memandu (LBM).
  • Tempoh maksimum Belajar Memandu bagi setiap calon dalam 1 hari adalah selama 2 jam.


BELAJAR MEMANDU


  • Kelas D & E – 10 Jam (syarat minimum)
  • Kelas B & B2 – 10 Jam (syarat minimum)
  • Syarat yang perlu dipatuhi semasa Belajar Memandu :
    1. Membawa Lesen Belajar Memandu (LBM).
    2. Pakaian yang kemas dan sopan
    3. Memakai kasut (tidak dibenarkan memakai selipar)

TEMPAHAN UJIAN PENILAIAN PRA-UJIAN (PRE-TEST/QTI)


  • Calon hanya dibenarkan membuat tempahan Ujian Penilaian Pra-Ujian selepas memenuhi syarat minimum Belajar Memandu yang ditetapkan seperti di atas.
  • Syarat : Mengemukakan Borang SM4 yang telah diisi dengan lengkap.
  • Calon yang GAGAL akan dikena caj tambahan (KLIK LESEN MEMANDU)

UJIAN PENILAIAN PRA-UJIAN (PRE-TEST)


  • Menjalani Ujian Penilaian Pra-Ujian (Pre-Test) mengikut masa tempahan yang telah dibuat.
  • Sekiranya calon gagal Ujian penilaian Pra-Ujian (Pre-Test), anda perlu mengulangi ujian tersebut.
  • Prosedur untuk tempahan ulangan ujian adalah sama seperti di atas.
  • Calon yang telah lulus ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal JPJ.


TEMPAHAN UJIAN PRAKTIKAL JPJ


  • Syarat : Lulus Ujian Penilaian Pra-Ujian (Pre-Test)
  • Dokumen yang diperlukan :
    1. Salinan kad pengenalan
    2. Salinan Lesen Belajar Memandu (LBM) yang masih sah.
    3. Lesen P atau CDL (jika ada).



UJIAN PRAKTIKAL JPJ


  • Dokumen yang diperlukan :
    1. Kad pengenalan
    2. Lesen Belajar Memandu (LBM)
    3. Lesen CDL (jika ada)

  • Calon mesti memakai pakaian yang kemas dan sopan yang diluluskan oleh JPJ
  • Calon yang gagal Ujian praktikal JPJ perlu membuat bayaran tempahan.
  • Calon yang lulus Ujian praktikal boleh memproses lesen memandu.


MEMPROSES LESEN MEMANDU


  • Dokumen yang diperlukan :
    1. salinan kad pengenalan
    2. Lesen Belajar Memandu (LBM)
    3. Borang JPJL3 yang lengkap.
    4. Borang JPJL1 yang lengkap.
  • Pihak kami akan menghantar dokumen untuk memproses lesen ke JPJ dan dijangka siap dalam masa 3 hingga 7 hari.

*HARGA AKAN BERUBAH MENGIKUT TERMA DAN SYARAT *

LESEN MEMANDU TEKSI

SYARAT-SYARAT BAGI MEMOHON LESEN MEMANDU TEKSI :

  • LESEN MEMANDU KLAS D
  • TIDAK MEMPUNYAI REKOD KESALAHAN LALULINTAS ( PDRM/JPJ )
  • MEDICAL CHECKUP DIMANA-MANA KLINIK .( SIHAT TUBUH BADAN ) 
  • SALINAN LESEN MEMANDU BERGAMBAR ( DEPAN / BELAKANG )
  • SALINAN MEMANDU SLIP ( NO SIRI SAHAJA )
  • KAD PENGENALAN ( DEPAN / BELAKANG ). 

PERINGKAT 1:
  1. CALON PERLU MENGHADIRI KURSUS SELAMA 6 JAM . ( KURSUS HANYA PADA ISNIN MINGGU PERTAMA/KETIGA )
  2. CALON PERLU LULUS UJIAN OBJEKTIF ( 42/50 ).  ( UJIAN DIJALANKAN PADA ISNIN MINGGU KEDUA/KEEMPAT ).
JIKA TERDAPAT PERUBAHAN JADUAL PIHAK KAMI AKAN MENGHUBUNGI CALON.

PERINGKAT 2: 
  1. CALON AKAN DI BERI LATIHAN .
  2. MEMANDU DI JALAN RAYA
  3. MEMANDU MASUK BELOK KON.
PERINGKAT 3: 

CALON AKAN DI UJI OLEH JPJ
BAYARAN UNTUK LESEN INI : RM 650.00 SAHAJA.

NOTIS:
JIKA TERDAPAT GAGAL DIMANA-MANA BAHAGIAN BAYARAN ULANGAN AKAN DIKENAKAN.

Lesen Memandu GDL

Lesen memandu GDL adalah lesen memandu kenderaan barang-barang. Umur untuk mengambil lesen memandu GDL adalah 21 tahun.

Syarat-syarat untuk memohon lesen memandu GDL.

1. Ambil borang medical-check up.
2. Pergi jumpa doktor. Serah borang semula.
3. Menghadiri kursus
4. Menghadiri ujian.
5. Lesen GDL

  • TARIKH KURSUS SETIAP  ISNIN MINGGU PERTAMA DAN KETIGA.
  • TARIKH UJIAN ABC SETIAP ISNIN MINGGU KEDUA DAN KEEMPAT.
  • BAYARAN ULANGAN RM 70.00 UNTUK UJIAN MINGGU KEBERIKUTNYA.

Memperbaharui Lesen GDL

Bagaimana untuk memperbaharui lesen memandu GDL anda.

1. Ada borang medical-chec-up
2. Jumpa doktor.
3. Pergi kemana-mana sekolah memandu atau ejen.

Harga memperbahrui lesen memandu GDL 1 Tahun = RM 20
Medical Check-Up = RM 40
Service caj yg dikenakan oleh sekolah memandu atau ejen adalah sebanyak RM 20.

Untuk pengetahuan - Lesen CDL anda hendaklah hidup melebihi 1 tahun, barulah lesen GDL boleh diperbaharui.

Tambah Kelas GDL

Dah ada lesen GDL 3 tan. Nak tambah jadi 7 tan.
Macamana nak buat ?

1. Perlu ada lesen kelas E

2. Menghadiri kursus selama 8 jam. Sekiranya sijil kursus belum melebihi 1 tahun tidak perlu menghadiri kursus.

3. Proses pengeluaran lesen GDL


Lesen B Full

Lesen tambah kelas motorsikal besar. Kelas B.
Proses untuk mendapatkan lesen kelas B Full

- Sudah memiliki lesen kelas B2. Sekiranya tiada kelas B2 kena menghadiri kursus teori selama 6 jam.

- Belajar memandu

- Ujian Praktikal JPJ


Lesen Lori (E)

Syarat-Syarat untuk mengambil lesen Lori
-  Berumur 21 tahun.
-  Telah tamat lesen P
-  Telah memegang
Lesen CDL kelas D selama 1 Tahun
-  Tiada cacat anggota
-  Sihat tubuh badan.

Langkah yang perlu di ambil untuk memiliki lesen kelas E

-  Menghadiri kursus Teori Amali selama 6 Jam
-  Proses pengeluaran lesen L
-  Belajar memandu
-  QTI ( Ujian Percubaan )
-  Ujian Praktikal JPJ
-  Lesen CDL tambah kelas E



Copyright © 2013 LESEN MEMANDU SHAH ALAM